09 May 2013

Google Kini Membolehkan Data Akaun Google Dipadam Selepas digunakan

Google kini memperkenalkan halaman khas yang dinamakan sebagai INACTIVE ACCOUNT MANAGER  dan memerlukan anda membuat beberapa tetapan untuk mengaktifkan sokongan ini.Sebaik sahaja diaktifkan,pengguna diminta untuk  memilih tempoh masa yang diinginkan untuk membatalkan akaun Google seperti dalam tempoh 3 bulan,6 bulan,9 bulan ataupun 12 bulan. Sekiranya anda tidak mengakses langsung akaun Google dalam tempoh tersebut, maka ia akan menguruskan akaun anda seperti memadamkan data anda daripada perkhidmatan Google. Melalui fungsi ini,pengguna boleh menguruskan pelbagai data mereka di Google,termasuk daripada perkhidmatan Blogger,Youtube, Google+,Picasa dan pelbagai perkhidmatan Google yang lain.Untuk memastikan data anda tidak dipadamkan secara sengaja, sistem akan menghantar masej ke nombor dan emel anda terlebih dahulu.

No comments :

Post a Comment