22 May 2013

Buah Tandan Kosong Sawit Mnyuburkan Tanah Dan Memanfaatkan Tanaman

Buah tandan kosong kelapa sawit mengandungi nutrien yang boleh dikitar semula semasa digunakan sebagai bahan sungkupan diladang. Kegunaanya dibidang ini bukanlah perkara baru dan sudah lama dipraktikkan dalam amalan agronomi ladang kelapa sawit buat berpuluh-puluh tahun lamanya.

Seperti sedia maklum, satu tan tandan kosong sawit mempunyai kandungan nutrien bersamaan 7.0kg urea ( sumber nitrogen,N), 2.8 kg rock phosphate (sumber fosfat,P), 19.3 kg potassium chloride ( sumber kalium,K ), dan 4.4kg magnesium sulphate ( sumber magnesium, Mg ). Dengan itu, penggunaan buah tandan kosong sawit bukan sahaja dapat memupuk pertumbuhan tanaman sawit, malah akan menjimatkan kos pembajaan. Buah tandan kosong sawit juga dibakar menjadi Abu yang sama-sama memberi kesan pembajaan tertentu.


Abu Buah Tandan Kosong Sawit mengandungi 40% K20,3-4% P205,5-6% MgO dan 4-5% CaO. kandungan N pula telah lesap dalam proses pembakaran. Nilai pH bagi abu buah tandan kosong sawit mencapai 12, jesteru ini merupakan bahan yang baik bagi meneutralkan tanah yang masam.

Selain itu, ia juga akan meningkatkan tahap kalium boleh tukar ( exchangeable K ) dalam tanah. Selepas penggunaan abu ini, didapati pengeluaran sawit adalah lebih tinggi daripada penggunaan potassium chloride pada dos yang sama ( misalnya 3kg abu buah tandan kosong sawit adalah bersamaan dengan 2 kg potassium chloride ).

Risiko kehilangan nitrogen pada kadar yang banyak telah menyebabkan abu buah tandan kosong sawit tidak digalakkan diguna bersama dengan baja nitrogen. Disamping itu ia memberi manfaat kepada tanah asid sulphate dari segi meneutralkan kemasamannya, abu buah tandan kosong sawit akan meningkatkan kadar reputan biojisim yang terkandung di dalam tanah gambut dan lantaran itu, akan memupuk pelepasan nitrogen daripada tanah tersebut. Dari segi ini, ia sebenarnya membantu menjimatkan kos pembajaan notrogen dan kalium sekiranya abu buah tandan kosong sawit digunakan di kawasan tanah gambut.

Walaubagaimanapun proses pembakaran tersebut bagi penghasilan abu buah tandan kosong sawit akan mencemarkan alam sekitar dengan habuk-habuk dan bau tengit berhamburan di ruang udara,Jesteru, melainkan kelengkapan prosesan lebih mesra alam dipasang, penggunaan abu buah tandan kosong sawit mungkin terpaksa digantikan dengan buah tandan kosong mentah yang mana sama-sama mempunyai kesan kandungan setanding.


Di negara-negara Asia Tenggara dan Afrika Barat,buah tandan kosong sawit telah digunakan secara besar-besaran sebagai bahan sungkupan di ladang sawit mereka. Melalui kajian berkenaan kesannya dibidang ini didapati adalah sangat positif. Di Malaysia sahaja, buah tandan kosong sawit digunakan pada kuantiti 25-30 tan/ha sebagai liputan pusingan pertama selepas anak sawit dipindah untuk di tanam. pada 14 bulan kemudian diikuti pula litupan pusingan kedua menurut kuantiti yang sama ini.

dari amalan ini didapati pertumbuhan vegetatif pokok sawit dan pengeluaran hasil adalah lebih baik, Bahkan, kos adalah 50-60%  lebih rendah daripada kos pembajaan biasa. Penggunaan buah tandan kosong sawit pada tanaman sawit belum matang adalah dengan cara menyeraknya secara rata ke dalam bulatan merumput, bergaris pusat antara 1-1.5m, dikira 5cm dari pangkal  batang pokok.

Amalan penyungkupan buah tandan kosong sawit di ladang walaupun kelihatan seperti suautu kos tambahan ( seperti kos pengangkutan dan kos buruh ), kepada operasi ladang, namun kos tersebut dapat ditebusi melalui pengeluaran hasil buah sawit lebih awal serta pengecualian kos merumput pada tahun pertama. Kesan sungkupan daripada buah tandan kosong sawit juga bergantung pada keadaan tanah.


Litupannya pada tanah kurang subur tentu mendatangkan kesan yang lebih ketara jika dibandingkan kesan penggunaan tanah subur. Menurut sumber , di dalam kajian perbandingan berkaitan plot yang telah disungkupi dengan buah tandan kosong sawit beserta penggunaan baja telah menunjukkan pengeluaran hasil untuk 4 tahun pertama adalah 12.5 tan/ha lebih banyak daripada plot kawalan yang tidak menggunakan apa-apa. Bahkan, hasil buah tetap lebih tinggi sebanyak 6 tan/ha bagi plot yang disungkupi dengan buah tandan kosong beserta baja jika dibandingkan dengan plot yang menggunakan baja terbaik tetapi tanpa sungkupan buah tandan kosong sawit.

Kitaran semula nutrien buah tandan kosong sawit ke dalam tanah juga agak cepat. 6 bulan selepas penggunanya di ladang, lebih 90% nutrien kalium telah dirembeskan. Sehubungan itu, 50% buah tandan kosong sawit telah menjadi jirim kering dan mengurai atas tanah dalam tempoh 3 bulan sahaja.Uraian ini meningkat kepada 70% selepas 8 bulan, menunjukkan kadar reputan yang agak pantas.






No comments :

Post a Comment