08 May 2013

U MOBILE DAN SAS BERSAMA MEMACU PERTUMBUHAN BAHARU

U Mobile telah menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dalam menyepadukan penyelesaian Visual Analytics SAS dengan operasi U Mobile. Langkah perniagaan strategik ini membolehkan eksekutif syarikat mengakses data tingkah laku pengguna dalam masa sebenar bagi membuat keputusan perniagaan yang lebih bermaklumat. U Mobile yakin bahawa kerjasama ini mampu meneruskan perancangan strategik untuk mengembangkan perniagaan di samping meningkatkan bahagian pasaran di seluruh negara . Fasa pertama menyepaduan Visual Analitics SAS ini membabitkan bahagian pemasaran,pembangunan produk dan juga jualan U Mobile. Ini secara tidak langsung telah mendorong U Mobile untuk menyasarkan peningkatan jumlah pengguna kepada 15 hingga 20 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang,berbanding penguasaan 10 peratus pasaran dengan empat juta pengguna sedia ada.

No comments :

Post a Comment