10 May 2013

Samsung Sasar Jualan 1 Juta Unit Galaxy Mega 5.8

 Berdasarkan kepada sumber industri,Samsung yang baru sahaja memperkenalkan model terbaru Galaxy Mega 5.8 merancang untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 1 juta unit phablet tersebut. Menurut kenyataan sumber itu lagi, Samsung telah menghubungi beberapa pengeluar skrin di Taiwan untuk membuat tempahan sebanyak 1 Juta unit skrin berukuran 5.8 inci. Dua pengeluar skrin utama yang dipilih oleh Samsung adalah Chunghwa Picture Tubes ( CPT ) dan juga Giantplus Technology, yang mana dipercayai akan mula diedarkan bermula Mei atau Jun nanti.

Tempahan yang dibuat bagi menjayakan sasaran jualan 1 Juta unit model tersebut telah diambil,memandangkan kemudahan pengeluaran skrin Super AMOLED. Walaubagaimanapun,masih tiada angka rasmi tempahan skrin Galaxy Mega 6.3 yang berukuran 6.3 inci diperolehi setakat ini.

No comments :

Post a Comment