09 May 2013

Pelangan Pascabayar U Mobile Ditawarkan Dua Peranti Terbaru

U Mobile selaku Telco paling inovatif dan dinamik di Malaysia telah menambahkan dua lagi peranti terbaru untuk pilihan para pelangan pascabayar telco itu di negara ini. Dua peranti yang ditawarkan itu adalah Sony Xperia Z dan juga BlackBerry Z 10 dengan pakej yang sangat rendah melalui pelan pascabayar U Premium. Sony Xperia Z telah ditawarkan pada harga serendah RM 999 dengan komitmen bulanan serendah RM169,manakala BlakBerry Z 10 pula boleh dimiliki pada harga RM 1,268 dengan komitmen bulanan serendah RM 162.

Pakej pelan U Premium ini menawarkan data internet sebanyak 5GB dengan kelajuan mencecah sehingga 42Mbps,800 minit panggilan percuma dan juga 800sms percuma ke seluruh rangkaian dengan hanya satu pakej sahaja, Walaubagaimanapun,pakej pelan U Premium untuk Sony Xperia Z ini hanya terhad untuk 100 unit. Pelanggan U Mobile yang berminat kini boleh memiliki kedua-dua peranti hebat ini di semua cawangan U Mobile di seluruh negara mulai sekarang.

No comments :

Post a Comment