07 May 2013

MAXIS TELCO PERTAMA MENGAKTIFKAN PERANTI APPLE DENGAN 4G LTE

Baru-baru ini Maxis Berhad (Maxis) telah mengumumkan bahawa pelangan tiga peranti Keluaran Apple iaitu IPhone 5, iPad mini dan kini sudah boleh menikmati Internet yang lebih pantas melalui rangkaian 4G LTE daripada Maxis. Sokongan peranti 4G LTE ini telah diperluaskan lagi oleh Maxis,yang mana sebelum ini telah pun mengaktifkan dua peranti 4G LTE iaitu Nokia Lumia 920 dan juga HTC One XL.


Menurut Mark Dioguardi selaku Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis,sejak pelancaran rangkaian 4G LTE berkelajuan tinggi yang diperkenalkan pada 1 Januari 2013 yang lalu,Maxis telah berusaha memperluaskan liputan 4G LTE ini ke lebih lagi kawasan di Lembah Klang,Pulau Pinang dan juga Johor Bharu menjelang suku ketiga 2013.

No comments :

Post a Comment