08 May 2013

Maxis Tawar Modem Wifi Kediaman 21Mbps Di Seluruh Negara

Maxis telah memperbaharui tawaran sedia ada internet Wayarles Kediaman dengan menawarkan model Wifi kediaman 21Mbps yang memberikan yang memberikan pelanggan pengalaman online yang dipertingkatkan. Modem WiFi kediaman yang baru ini mudah untuk dipasang dengan kemudahan pasang dan guna yang membolehkan beberapa pengguna menggunakan Internet secara serentak.Ebru Dorman,Ketua kediaman dan Jalur Lebar Maxis telah mengeluarkan kenyataan bahawa pakej internet 21Mbps ini boleh didapati secara percuma dengan pakej Internet Wayarles kediaman Maxis 20GB,28GB, dan 48GB.


Maxis telah menawarkan pelan 20GB pada harga RM99 sebulan,pelan 28GB pada harga RM139 sebulan dan pelan 48GB pada harga RM 169 sebulan bersama 200 hingga 300 minit suara percuma untuk panggilan ko nombor tetap dan mudah alih di seluruh negara.Selain itu,pakej modem WiFi kediaman 21Mbps ini juga turut disediakan dengan telefon DECT bernilai RM580 secara percuma. Bagi pelanggan pascabayar Maxis sedia ada,rebet sebanyak RM10 setiap bulan bagi pelan 28GB atau 48GB akan turut ditawarkan.

No comments :

Post a Comment