18 April 2013

UM BEKERJASAMA DENGAN MAXIS UNTUK MENYEDIAKAN SAMBUNGAN WIFI SELURUH KAMPUS

Universiti Malaya ( UM ) dan Maxis telah memulakan satu inisiatif bersama untuk menyediakan sambungan Wifi ke seluruh kampus bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan santai kepada pelajar untuk menghabiskan masa lapang mereka. Untuk tujuan tersebut, Kompleks Perdanasiswa juga akan diubah menjadi tempat untuk pelajar melakukan aktiviti melalui Pelancaran Pusat kegiatan Pelajar dan Maxis Lounge. Menyasarkan pelajar kampus \, Pusat kegiatan pelajar akan menempatkan bilik mesyuarat dan perbincangan untuk ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), manakala Maxis Lounge akan dilengkapi dengan sofa yang selesa, stesen kerja dan Wifi percuma.

No comments :

Post a Comment