11 April 2013

Pembaca Blog Saya Mula Meningkat 315 Orang Sehari Tanpa Di Sangka-sangka.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat pengunjung,pembaca,pelawat-pelawat yang tidak putus-putus datang klik ke Blog Perniagaan saya ini, Saya percaya bahawa Permintaan terhadap Bekalan ikan keli tinggi dan mendapat sambutan di luar jangka, walaupun kini ramai yang sudah menternak ikan ini di semua pelusuk tanah air ini.

Perkongsian-perkongsian info mahupun toturial berkaitan ikan keli memang mendapat perhatian tinggi dari pengusah-pengusaha ikan keli, pembeli, penjual. Kemudahan yang saya sediakan disini semoga dapat membantu rakan-rakan yang pengusaha lain dalam meningkatkan Pendapatan mereka dan mencari maklumat secara online.

Saya juga mengalu-alukan kepada pengusaha untuk mempromosikan maklumat bekalan ikan keli mereka disini dan tiada bayaran dikenakan cukup dengan hanya mengisi di ruang komen di bawah ini semoga dengan cara ini dapat memberikan keadaan win win situation atau lebih senang sama-sama untung.

Namun begitu saya juga tidak berjanji akan menyediakan stok ikan yang banyak ini kerana saya mempunyai ruang ternak yang terhad, stok-stok ikan saya hanya di jual di kawasan berdekatan pasar-pasar awam tempat saya tinggal khas Kuala Kubu Bharu.

Semoga perkongsian-perkongsian ilmu dalam apa jua artikel mengenai ikan keli sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang lain dalam Dunia Penternakan Ikan Keli disini.

Saya akui Blog ini masih baru lagi dan banyak lagi kekurangan yang perlu saya atasi melalui info-info terkini yang belum sempat saya UPDATE, saya mohon maaf.sekian terima kasih.

No comments :

Post a Comment