18 April 2013

MAXIS MEMPERKENALKAN SMARTPHONE 4G LTE YANG PERTAMA

Maxis baru-baru ini telah melancarkan dua smartphone 4G LTE di negara ini iaitu Nokia Lumia 920 dan HTC One XL, sekaligus menjadikannya kedua-dua model ini sebagai smartphone pertama diaktifkan pada rangkaian 4G LTE Maxis, Para pelanggan boleh mendapatkan smartphone ini di Pusat Maxis KLCC dan Taman Tun Dr Ismail, dimana mereka boleh membeli Nokia Lumia 920 pada harga serendah Rm 1,099 dengan pelan SurfMore 75 atau TalkMore 78 dengan Internet Mudah Alih 3GB, dan HTC One XL pada harga serendah Rm 1,199 dengan pelan SurfMore 75 atau TalkMore 78 dengan internet mudah alih 3GB.

Menurut Suren J Amarasekera selaku Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, syarikat telekomunikasi ini bakal melancarkan lebih banyak smartphone dan tablet yang dikuasakan oleh rangkaian 4G LTE pada masa akan datang supaya pelanggan Maxis dapat menikmati perkhidmatan internet terulung secara on-the-go. Perkhidmatan Maxis 4G LTE kini boleh didapati di kawasan-kawasan terpilih di Lembah Klang termasuk Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama,Desa Sri Hartamas,Bandar Puchong Jaya, Bandar Sunway dan Cyberjaya.

No comments :

Post a Comment