15 April 2013

Cacing Sutera di Malaysia

Siapa pernah lihat cacing jenis ini..?? Ini lah sejenis cacing yang boleh di komersial dan telah digunakan oleh negara Jiran yang begitu lama dan banyak membantu dalam Sektor perikanan. Ini jenis cacing yang boleh membantu pengusaha dan ia telah terbukti sangat bermanfaat dalam aktiviti penternak/pembenihan ikan tak kira apa jenis ikan baik dari air masin atau pun air tawar.

Kehebatan cacing ini boleh mengantikan Artemia sebagai makanan utama kepada Rege ikan ( Larve Ikan ),kita tidak perlu lagi menggunakan Artemia,Kutu Air selepas menggunakannya dimana cacing sutera ini mengandungi kandungan yang bermanfaat buat benih ikan setelah memakannya.


Cacing sutera ini baik untuk segala jenis benih-benih ikan kerana ia juga dapat menguatkan sistem tahan terhadap penyakit kepada anak benih yang sangat tinggi, cacing sutera ini perlu di gunting di dalam bekas terlebih dahulu sebelum di berikan kepada anak benih ikan.

Kos penternakan cacing ini sangat murah,mudah untuk di ternak dan ia juga senang dijumpai iaitu di dalam longkang-longkang di kawasan perumahan kita di malaysia ini. Bagi yang berminat menternakkannya sudah tentu mudah mendapatkan cacing sutera ini untuk di biak di jadikan Induk Utama cacing sutera.

Di Malaysia perusahaan cacing sutera ini boleh di katakan masih tidak ada seorang pengusaha yang menternak cacing ini, kebanyakkan cacing ini hanya di Import di Negara Jiran dan pembeli cacing sutera ini hanya di beli oleh golongan yang tahu akan kegunaannya. malah cacing ini sangat murah di jual di kedai-kedai pancing di malaysia.

No comments :

Post a Comment