19 April 2013

BLACK BERRY Z 10

PERANTI PERTAMA SOKONG BLACKBERRY 10 OS

Akhirnya penantian peranti pertama dengan sokongan platform terbaru BlackBerry 10 OS iaitu BlackBerry Z10 di Malaysia telahpun berakhir dengan pelancaran rasminya baru-baru ini. Tidak disangkal lagi bahawa sebelum ini BlackBerry agak ketinggalan berbanding pengeluar smartphone yang lain di pasaran bagi kategori peranti dengan sokongan skrin sentuh penuh.



Ini jelas dapat dilihat melalui sambutan yang agak dingin terhadap peranti skrin sentuh penuhnya seperti BlackBerry Storm, BlackBerry Strom 2 dan juga BlackBerry Curve 9380. Tetapi dengan kemunculan BlackBerry 10 OS yang dibangunkan khas untuk menyokong skrin sentuh penuh ini, BlackBerry Z10 dengan teknologi BlackBerry Flow mampu mengubah persepsi pengguna terhadap keupayaan sebenar peranti sentuh keluaran BlackBerry.

No comments :

Post a Comment