23 April 2013

Awas jangan ajak bersembang dengan Abang SECURITY semasa berada di BANK

Hai bertemu kembali dengan komen berbentuk nasihat pada hari ini, pagi tadi saya pergi ke BANK ada urusan hal ehwal kewangan dengan bank sekian-sekian nama bank di rahsia. Semasa menunggu giliran untuk berurusan Kaunter Bank, saya di sapa oleh seorang Pertugas Security yang Bersenjata Api, kami berbual panjang ketika itu.

Tanpa saya sedari Laras Senjata dituju arah saya, itu lah kata orang umur panjang katakan, dalam asyik berborak saya sedar Abang Security telah menghala laras senjata  ke arah saya dalam posisi duduk bersebelahan dengan nya.

Rupa-rupa senjata yang dilaraskan kearah saya tanpa saya sedari mempunyai PELURU HIDUP, kemungkinan abang security agaknya leka akan situasi tersebut, Saya terus bingkas dari tempat duduk lalu terus menasihatinya supaya tidak melakukan keadaan seperti ini lagi, saya tak mahu " Mati Percuma " saya katakan kepada Lelaki itu.

Tindakan beliau amat berbahaya, sepatutnya laras senjatanya di hunus ke lantai ini peraturan mengguna, membawa senjata api, apa akan jadi sekiranya senjata tersebut tiba-tiba tertekan sambil tengah asyik berborak bukan mendapat Kematian Percuma di sebabkan kelalaian pembawa senjata tersebut.

Saya mengongsikan cerita ini kepada semua dan diri saya juga, dinasihati agar berhati-hati ke BANK sekiranya bercerita atau berborak dengan Unit Keselamatan yang bersenjata api, kadang-kadang kita sedang asyik berbual tanpa di sedari unit keselamatan tersebut leka, tiba-tiba laras senjata dihunus ke arah anda, ia lah kadang-kadang kita sebagai seorang manusia tidak lepas melakukan kesilapan yang kita sendiri pun tak sedar, jangan sampai kita mati secara percuma.

Semoga perkongsian saya ini dapat memberikan manfaat kepada semua orang agar jangan sekali-kali berbual dengan unit keselamatan bertugas di bank, pada awalnya kita hanya berbual kosong, risau akan kelekaan kita boleh mencedera kan orang lain. Awas kalau pergi ke bank jangan asyik berbual dengan Unit keselamatan yang bersenjata api ia amat berbahaya, kita tak boleh nak salahkan mereka sebab itu adalah tugas mereka dan Prosuder mereka dalam menjalankan tugas Hakiki mereka yang bergelar Penggawal Bank.

Kadang-kadang hal sebegini kita tidak sedari, ini sebagai perkongsian saya sahaja, bukan mahu menakutkan orang ramai tapi sebagai nasihat dari saya agar berhati-hati dalam situasi ini, sekian terima kasih.

No comments :

Post a Comment