19 April 2013

AKSESORI GAME PAD MUNGKIN MENJADI KLU SAIZ SKRIN SAMSUNG GALAXY NOTE III

Sejurus selepas pendedahan rasmi Samsung Galaxy S4, Samsung telah menyediakan sebuah laman web khas untuk smartphone yang sangat dinanti-nantikan itu. Berdasarkan kepada aksesori Game Pad yang didedahkan di dalam laman web tersebut, terdapat khabar angin yang heboh diperkatakan tentang ukuran saiz yang mungkin disokong oleh Samsung Galaxy Note III pada masa akan datang. Ini kerana melalui pendedahan maklumat aksesori tersebut, Samsung telah mengesahkan bahawa aksesori game Pad itu berupaya menyokong peranti dengan skrin berukuran dari 4 inci sehingga 6.3 inci. Jadi berkemungkinan besar Samsung Galaxy Note III bakal menyokong paparan skrin berukuran 6.3 inci kerana saiz tersebut masih lagi dikategorikan sebagai phablet berbanding tablet.

No comments :

Post a Comment