17 April 2013

1 Ekar Tanah 4 Perniagaan Berlaku.

Hai salam sejahtera semua hari ini saya nak kongsikan kepada rakan-rakan bagaimana dengan sebidang tanah seluas satu ekar ada 4 perniagaan dilakukan dengan terhasilnya keuntungan ribuan ringgit yang mana saya ramai yang tidak tahu, bagi yang sudah tahu bagaimana ia berlaku saya ucapkan syabas dan tahniah.

Sebelum itu saya mohon maaf ini kerana tidak dapat mengupload kan gambar contoh tempat tersebut, maklum lah handpone saya ini tidak dapat nak ZOOM ke atas gambar tersebut ia nya jauh dari tempat saya berdiri dimana di situ juga terdapat Tanah Perkuburan kaum Cina, ini menyukarkan saya untuk memasuki kawasan tersebut bimbang nanti di gelar " Penceroboh " tak pasal kena soal siasat dengan pihak berkuasa.

Sebagai perkongsian pada kali ini saya hanya tuliskan Artikel tidak bergambar dengan harapan agar rakan-rakan pelawat berpuas hati dan faham akan cerita yang bakal saya kongsikan kelak.

Tanah yang saya maksudkan itu terletak di jalan besar ( Jalan Utama ) Ipoh-Kuala Lumpur di Daerah Hulu Selangor, bagi orang-orang yang tinggal di Perumahan Rasa Hulu Selangor sememang hari-hari nampak akan kelibat kawasan itu betul-betul berada tidak jauh tanah perkuburan kaum cina di Rasa ini.

Bayangkan sebidang tanah seluas satu ekar menghasilkan Pendapatan melebihi puluhan Ribu Ringgit yang sangat Luar Biasa yang jarang-jarang saya temui.

Tanah yang saya maksud kan ini mempunyai 4 aktivi Perniagaan yang telah di lakukan sudah membuahkan hasil yang sangat Lumayan di antara nya terdapat 1 Pencawang yang di sewa oleh Rangkaian Telifon mudah alih yang membekalkan perkhidmatan Pengguna Selular di kawasan itu dengan sewaan tanah dengan bayaran sewa setiap di bayar kepada Owner tanah tersebut, 1 buah Rumah Burung Walit yang masih beroperasi sampai ke hari ini dengan ketinggian 4 tingkat yang menghasilkan berkilo-kilo sarang burung walit setiap bulan, bayangkan kalau sekilogram sarang walit ini berharga Rm 3600 .

Rumah burung ini juga telah bertahun berada disitu terdapat lebih ribuan burung walit yang masuk ke Rumah Burung ini, yang ketiga terdapat kebun kelapa sawit yang seluas satu ekar di tanah tersebut dan yang keempat terdapat ratusan Pokok Durian di kawasan itu menghasilkan buah pada setiap musim durian.

Saya fikir beliau memang mempunyai perancangan yang sangat hebat yang mana saya sendiri pun tidak pernah terfikir akan plan perniagaan yang beliau lakukan, semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua, saya sebagai admin hanya menyediakan sahaja maklumat dan panduan agar memberikan manfaat kepada semua, dengan harapan semua orang sudah tahu bagaimana tanah seluas satu ekar menjalankan 4 aktiviti perniagaan sekali gus sekian terima kasih.

No comments :

Post a Comment