24 October 2012

Pengurusan Kekayaan bukan sahaja untuk individu tetapi juga untuk perusahaan



Pengenalan
Kita sering mendengar mengenai pengurusan kekayaan bagi individu yang memounyai nilai asset bersih yang tinggi. Namun, pengurusan kekayaan bukan sahaja untuk individu tetapi juga untuk perusahaan perniagaan.

APAKAH PENGURUSAN KEKAYAAN?
Pengurusan kekayaan adalah tentang kaedah mengurus kekayaan atau dana lebihan anda bagi mencapai sesuatu matlamat kewangan; sebagai contoh, bagi memastikan modal yang dilabur adalah terjamin atau bagi memastikan risiko pelaburan diurus dengan bagi setiap masa. Wang atau kekayaan didefinasikan sebagai asset bersih anda, sesudah ditolak dengan hutang ( atau liability) anda.

BAGAIMANA HENDAK BERMULA
Sebekum anda memutuskan bagaimana wang anda patut diurus, anda perlu menentukan kedudukan kewangan dan matlamat kewangan anda dan juga syarikat anda. Untuk tujuan ini, anda perlu:

·         Memahami matlamat kewangan perniagaan dan peribadi anda serta kekangan yang dihadapi
·         Menganalisis kedudukan kewangan syarikat dan peribadi anda dengan menggunakan analisis nilai asset bersih dan aliran tunai
·         Menilai profil risiko perniagaan dan risiko peribadi anda
Anda perlu mengambil kira kedudukan kewangan peribadi anda kerana sebagai pemilik perniagaan, kedudukan kewangan anda berkait rapat dengan keadaan perniagaan anda. Setelah anda menentukan nilai asset bersih anda dan menetapkan matlamat kewangan anda, anda perlu mempunyai satu pelan tindakan untuk mencapai matlamat itu.

APAKAH ASPEK-ASPEK PENGURUSAN KEKAYAAN?
Pada masa ini, banyak syarikat menguruskan kekayaan mereka melalui instrument insurans dan pelaburan. Rancangan pengurusan kekayaan yang komprehensif secara amnya harus merangkumi cara-cara untuk mengekal, mengembang dan mengagihkan aset yang meliputi perkara-perkara berikut:
·         Perancangan hutang/aliran tunai bagi membolehkan penggunaan kredit yang efisien dan optimum untuk perniagaan
·         Perancangan dan pengurusan pelaburan untuk mengekalkan kekayaan dan memastikan pulangan yang berpatutan
·         Perancangan insurans bagi perlindungan perniagaan (sebagai contoh,kebakaran,kecurian,marin atau insurans untuk pekerja utama0 dan perlindungan peribadi (kematian,kurang upaya,penyakit kritikal dan isi rumah)
·         Perancangan cukai untuk meminimumkan aliran keluar tunai yang berlebihan dan memastikan pengurusan aliran tunai yang efisien
·         Perancangan persaraan dan kebajikan pekerja untuk mengekalkan pekerja utama bagi penerusan perniagaan
·         Perancangan persaraan dan penggantian untuk memastikan operasi perniagaan dan diteruskan dengan lancer apabila pemilik perniagaan meninggalkan perniagaan itu
·         Perancangan harta untuk memastikan pemindahan kekayaan yang efesien kepada pengganti atau benefisiari

PERANCANGAN ALIRAN TUNAI
Langkah pertama untuk memahami kedudukan kewangan anda dengan lebih baik adalah dengan mengurus aliran masuk dan keluar tunai. Pengurusan aliran tunai anda yang baik membolehkan anda menggunakan sebarang dana lebihan untuk faedah anda. Pengurusan aliran tunai ini bergantung kepada ketersediaan dana dalam jangka pendek,sederhana atau panjang di samping membolehkan anda memenuhi kewajipan kewangan anda apabila tiba masanya.

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PELABURAN
Rancangan pelaburan anda bergantung kepada matlamat anda dan kesanggupan anda untuk mengambil risiko. Anda perlu memantau atau mengkaji semula dari semasa ke semasa pencapaian pelaburan anda bagi memastikan pencapaian matlamat anda adalah seperti yang dijadualkan. Rancangan pelaburan boleh diubah suai bergantung kepada pencapaian pelaburan anda atau perubahan keadaan pasaran. Dalam merangka rancangan pelaburan, anda perlu mengambil kira :
·         Matlamat pelaburan anda
·         Strategi pengagihan aset untuk mencapai matlamat pelaburan
·         Jenis-jenis produk atau instrument pelaburan bagi mencapai matlamat anda

APAKAH JENIS PRODUK PELABURAN YANG SESUAI UNTUK ANDA?
Kefahaman anda mengenai produk-produk pelaburan adalah penting sebelum anda melabur kerana setiap produk pelaburan mempunyai tahap risiko yang berbeza dan jangka masa yang berlainan bagi produk itu member hasil terbaik. Carta di sebelah mengambarkan potensi risiko serta pulangan bagi produk-produk perlaburan yang biasa.
Semakin tinggi pulangan yang mungkin diperolehi, maka semakin tinggi risiko yang mungkin dihadapi.
Sememangnya terdapat hubungan positif antara risiko dan pulangan.Dengan ini, anda adalah dinasihatkan supaya melabur hanya dalam produk-produk yang konsisten dengan keinginan risiko anda. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai factor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melabur.

PERANCANGAN INSURANS
Program insurans harus dijadikan sebahagian daripada rancangan anda untuk perlindungan terhadap risiko kerugian kewangan yang tidak dijangka. Ini termasuk perlindungan atas kerugian akibat kebakaran, banjir dan risiko lain terhadap perniagaan anda serta pembelian insurans kesihatan dan hayat bagi diri dan pekerja anda. Jumlah insurans bergantung kepada keperluan, keadaan dan juga matlamat. Perlindungan insurans juga perlu dikaji semula dari semasa ke semasa untuk memastikan perlindungan itu adalah memadai dengan kedudukan semasa anda.

PERANCANGAN CUKAI
Matlamat perancangan cukai adalah untuk mengatur urusan kewangan anda bagi meminiumkan cukai perlu dibayar. Jumlah cukai perlu dibayar akan mempengaruhi keputusan anda terhadap perkara-perkara berikut:
·         Pelaburan
·         Pinjaman
·         Tabungan

PERANCANGAN PERSARAAN DAN PENGGANTIAN
Perancangan persaraan merupakan satu aspek penting dalam pengurusan kekayaan. Sebagai pemilik perniagaan, anda perlu mempertimbangkan beberapa isu berikut:
·         Jangka masa akan bersara
·         Jumlah wang yang anda perlukan untuk terus menikmati gaya hidup semasa anda
·         Rancangan pengantian mengenai siapa dan bagaimana perniagaan akan dijalankan selepas anda bersara. Ini adalah untuk memastikan wujudnya rancangan yang akan memaksimumkan harga jualan perniagaan anda atau membolehkan perniagaan anda atau membolehkan perniagaan diteruskan dengan gangguan yang kecil
·         Penilaian/analisis keperluan persaraan masa depan
·         Analisis taraf/gaya hidup semasa dan perbelanjan masa depan
·         Analisis atas dana dikumpul (pelaburan & tabungan) dengan mengambil kira inflasi,insurans dan percukaian
·         Keadaan keluarga (bilangan tanggungan,umur,keperluan pendidikan,dll.)
Perancangan pengantian membolehkan pemilik perniagaan mengendalikan perniagaannya secara tersusun sekiranya berlaku kematian secara tiba-tiba, kehilangan keupayaan sepenuhnya dan kekal atau persaraan. Kematian seseorang pemilik perniagaan secara tiba-tiba tanpa perancangan penggantian ini lebih penting sekiranya ahli keluarga pemilik perniagaan tidak mempunyai pengetahuan , kepakaran atau minat untuk mengambil alih dan menjalankan perniagaan itu. Sebagai pemilik perniagaan, anda patut memulakan perancangan penggantian pada peringkat awal bagi memastikan pemindahan hak milik yang teratur dan efisien. Dengan adanya rancangan penggantian, anda dapat:
·         Meminimumkan risiko pertikaian keluarga dan gangguan perniagaan
·         Mengekalkan pegangan saham perniagaan dal keluarga atau memberikannya kepada individu pilihan anda
·         Merancang persaraan anda daripada perniagaan

PERANCANGAN HARTA
Perancangan harta merupakan proses pengaturan yang wajar untuk mengagihkan kekayaan dan mengurus estet seseorang selepas kematian. Ia juga dapat mengelakkan timbulnya komplikasi perundangan dan administrative. Faedah-faedah perancangan harta termasuk:
·         Pemindahan kekayaan yang lancer dan efesien kepada ahli keluarga atau mereka yang tersayang (dengan mengambil kira komplikasi perundangan dan tindakan yang tepat pada masanya)
·         Pengurusan dan/atau pengagihan kekayaan/perniagaan yang baik
·         Mengelakkan pertikaian/pergelutan perundangan berhubung dengan pengagihan kekayaan
Wasiat,amanah dan yayasan merupakan antara kaedah yang biasa digunakan dalam perancangan harta.

INSTITUT PENGURUSAN KEKAYAAN
Anda mungkin ingin mendapatkan khidmat nasihat professional memandangkan pengurusan kekayaan melibatkan pelbagai aspek. Terdapat banyak institute yang menawarkan perkhidmatan pengurusan kekayaan, seperti bank perdagangan, bank saudagar,agensi amanah saham atau entiti-entiti yang khusus dalam perancangan kewangan. Walau bagaimanapun,bukan semua institusi menawarkan semua jenis perkhidmatan pengurusan kekayaan. Anda perlu menyemak dan menilai reputasi mereka serta memdapatkan maklumat tentang kelayakan institusi itu sebelum anda membuat pilihan. Sebagai contoh, penasihat kewangan diberikan lesen sama ada oleh Suruhanjaya Sekuriti kerana memberikan khidmat nasihat kewangan berkaitan produk dan perkhidmatan insurans.
Kriteria yang anda perlu pertimbangankan termasuk:
·         Pelbagai jenis produk dan perkhidmatan pengurusan kekayaan yang disedikan
·         Kualiti pegawai pengurusan kekayaan, sama ada institusi itu dikendalikan oleh ahli professional yang berpengetahuan
·         Reputasi institusi itu. Pilihan institusi dengan rekod prestasi yang cemerlang

APAKAH YANG PERLU ADA DALAM RANCANGAN ANDA?
Institusi pengurusan kekayaan akan menyediakan rancangan secara bertulis berdasarkan maklumat  yang anda berikan kepadanya. Anda harus pastikan semua fakta dan angka adalah tepat dan strategi serta cadangan yang diberikan menepati matlamat anda. Rancangan itu haruslah:
·         Menggariskan kedudukan kewangan semasa dan matlamat kewangan anda
·         Menerangkan strategi keseluruhan untuk mencapai matlamat anda
·         Mencadangkan pelaburan dan strategi-strategi lain dalam pengurusan wang anda
·         Menerangkan bagaimana pelaburan dan  strategi yang dicadangkan dapat mencapai matlamat anda
·         Membincangkan risiko berkaitan dengan setipa pilihan pelaburan
·         Mendedahkan semua yuran dan komisen

TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI KLIEN
Sebagai klien, anda akan diminta oleh institusi pengurusan kekayaan untuk memberikan jumlah maklumat yang berpatutan mengenai syarikat anda dan pemilik syarikat itu, iaitu diri anda dan rakan kongsi perniagaan anda. Ini supaya institusi pengurusan kekayaan dapat menghasikan sesuatu rancangan kewangan yang sesuai dengan matlamat kewangan anda dan untuk mematuhi keperluan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

MELABUR MELALUI INSTITUSI PENGURUSAN  KEKAYAAN
Kebanyakan institusi pengurusan kekayaan akan menetapkan saiz akaun minimum untuk pelaburan, iaitu antara RM50,000 hingga RM1 juta. Dana ini boleh dilabur dalam pelbagai jenis perlaburan seperti  deposit tetap, ekuti tersenarai, bon korporat, amanah saham atau produk-produk berstruktur.
Sebelum mencadangkan sebarang  produk kepada anda, institusi pengurusan kekayaan perlu perlu menentukan profil risiko anda. Setiap institusi pengurusan kekayaan menggunakan alat membuat profil risiko dan contoh rancangan pelaburan .
Sebelum menandatangani sebarang perjanjian untuk menjadi klien sesebuah institusi pengurusan kekayaan, anda berhak untuk :
·         Memastikan institusi itu telah menerangkan dengan jelas segala maklumat berkenaan perkhidmatannya
·         Mendapatkan penjelasan lanjut jika perlu
·         Mengesahkan fid an caj yang berkenaan dengan akaun anda
·         Memperolehi penyata bagi semua transaksi yang dijalankan oleh pihak anda, tepat pada masanya
·         Memperolehi penyata bulanan yang menunjukkan ringkasan portfolio pelaburan serta transaksi anda bagi bulan berkenaan
·         Mengkaji semula pencapaian  pelaburan anda dari semasa ke semasa dengan membandingkan kadar pulangan wajaran masa bagi portfolio anda dengan
  

No comments :

Post a Comment