22 October 2012

Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya melibatkan diri dalam kegiatan perbankan haram

A. PENGIRIMAN WANG KE LUAR NEGARA MELALUI EJEN TIDAK SAH

Sekiranya anda ingin mengirim wang ke luar negara, sanma ada bagi pihak diri anda sendiri atau orang lain, jangan gunakan ejen pengiriman yang tidak sah. Wang anda mungkin tidak sampai ke destinasinya.
Gunakanlah ejen pengiriman yang dibenarkan seperti melalui sebuah bank sebagai langkah keselamatan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENGIRIMAN WANG

Pengiriman wang adalah pembayaran yang dibuat kepada seseorang yang berada di luar negara. Ini termasuklah penghantaran wang kepada anak-anak yang sedang belajar di luar negara, pengiriman wang oleh pekerja asing kepada keluarga mereka di negara asal masing-masing atau pembayaran yang dibuat untuk mengimport barangan dan perkhidmatan.

Pengiriman wang ke luar negara hanya boleh dilakukan melalui peniaga mata wang yang diberi kuasa atau syarikat-syarikat yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia, iaitu :

* Bank-bank perdagangan
* Bank Islam Malaysia Berhad
* Bank Muamalat Malaysia Berhad
* Pos Malaysia Berhad
* Bank Simpanan Nasional

Hanya pihak-pihak diatas sahaja dibenarkan untuk mengirim wang ke luar negara bagi pihak orang awam,pengimport,pengeksport atau pelabur. Memandangkan peniaga mata wang tersebut hanya berurusan dengan ejen-ejen berlesen di negara penerima, mereka boleh memastikan  wang dihantar sampai ke destinasinya.

PENGIRIMAN WANG TIDAK SAH

Pengiriman wang tidak sah ialah penghantaran wang ke luar negara melalui syarikat yang tidak dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menjalankan perniagaan sedemikian. Jika anda menggunakan khidmat ejen tidak sah ini, tiada jaminan bahawa wang anda akan dikembalikan. Sifat umum ejen pengiriman wang tidak sah ialah seperti berikut:

* Mereka biasanya beroperasi secara kecil kecilan

* Mereka mendakwa mampu memberi perkhidmatan pengiriman wang dengan cepat tanpa perlu mengemukakan sebarang dokumen atau bukti pengenalan diri

* Mereka jarang menggunakan dokumen untuk membenarkan dan mengesahkan sesuatu urus niaga

BAGAIMANA UNTUK MELAPORKAN KEGIATAN PENGIRIMAN WANG TIDAK SAH

Sekiranya anda mengesyaki seseorang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan pengiriman wang ke luar negara secara tidak sah, anda boleh melaporkannya ke Bank Negara Malaysia di alamat berikut :

Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-26988044 samb. 8211/8233 No. Faksimili : 03-26913266

TINDAKAN KE ATAS EJEN PENGIRIMAN WANG TIDAK SAH

Bank Negara Malaysia sentiasa memantau maklum balas dan laporan orang awam mengenai kegiatan pengiriman wang tidak sah di malaysia. Unit Penyiasatan Bank Negara Malaysia membuat serbuan dari masa ke semasa ke atas ejen yang disyaki menyediakan khidmat pengiriman wang tidak sah. Wang yang disita dalam serbuan akan dirampas manakala pengendalinya akan dihukum mengikut saluran undang-undang.

BERDAGANG DALAM MATA WANG ASING

Jika anda mempunyai wang untuk dilaburkan, melaburlah dengan bijak supaya wang anda selamat. Elakkan diri anda daripada ditipu, dipujuk atau dipaksa untuk melabur wang hasil penat lelah anda ke dalam pelaburan yang menjanjikan pulangan yang besar dalam tempoh yang singkat seperti sendikit dagangan haram mata wang asing. Anda akan kehilangan semua wang anda!

Jadilah seorang yang bijak. Simpanlah hasil penat lelah anda dalam pelaburan yang dikawal selia oleh Kerajaan. Tidurlah dengan nyenyak dan nikmatilah persaraan anda.

KEPERLUAN MATA WANG ASING

Wang kertas dan duit syiling dalam mata wang asing selalunya diperlukan apabila anda berkunjung ke negara luar. Pengimport dan pengeksport memerlukan mata wang asing bagi tujuan membuat bayaran ke atas barangan yang diimport atau lain-lain urus niaga. Keperluan mata wang asing ini hanya dapat dipenuhi oleh pengurup wang berlesen dan peniaga mata wang asing yang diberi kuasa. Peniaga mata wang asing yang diberi kuasa adalah terdiri daripada :

* Bank-bank perdagangan
* Bank Islam Malaysia Berhad
* Bank Muamalat Malaysia Berhad

BERDAGANG DALAM MATA WANG ASING OLEH SESEORANG YANG TIDAK DIBERI KUASA ADALAH MENYALAHI UNDANG-UNDANG

Di Malaysia, semua urusan di dalam mata wang asing mesti dibuat dengan atau melalui peniaga mata wang asing yang diberi kuasa. Seseorang ( individu atau syarikat ) yang bukan peniaga mata wang asing yang diberi kuasa tidak dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan atau berdagang dalam mata wang asing.

Bergadang dalam mata wang asing ialah aktiviti pelaburan dalam mata wang asing dengan tujuan untuk mendapat pulangan yang tinggi daripada pergerakan kadar tukaran mata wang asing. Oleh itu, jika anda diajak untuk melabur wang anda dalam mata wang asing, tidak syaklah ia adalah satu sindiket dagangan haram mata wang asing.

SINDIKET DAGANGAN HARAM MATA WANG ASING

Ramai rakyat di negara ini yang telah tertipu oleh sindiket dagangan haram mata wang asing dan akibatnya, mereka kehilangan berjuta-juta ringgit. Sindiket sedemikian selalunya dikendalikan oleh syarikat-syarikat yang beroperasi secara tidak sah. Pengendali haram ini biasanya mensasarkan golongan pencari kerja dan para pelabur yang inginkan keuntungan cepat ke atas pelaburan mereka sebagai mangsa.

AMARAN BAGI PENCARI KERJA

Jangan bersubahat membantu pengendali haram untuk menipu orang ramai. Semak dengan Bank Negara Malaysia sebelum menerima sesuatu tawaran pekerjaan daripada syarikat sedemikian.

BAGAIMANA UNTUK MENGESAN PENGENDALI HARAM

Pengendali atau syarikat yang beroperasi secara tidak sah ini biasanya:

* Memaparkan iklan yang cukup menarik untuk mengumpan orang ramai supaya mendengar rancangan pemasaran mereka yang meyakinkan tetapi sebenarnya palsu

* Mempunyai ibu pejabat di luar negara

* Beroperasi di pejabat dan kemudahan IT yang canggih

* Menyediakan latihan kepada bakal pekerja mengenai prinsip dagangan dalam mata wang asing dan memberi latihan amali mengenai dagangan mata wang asing berasaskan transaksi andaian atau tiruan dalam suasana yang dikawal oleh pengendali. Biasanya kesemua ttansaksi yang dibuat akan menghasilkan keuntungan

* Mengambil pekerja berasaskan komisen dan mereka ini tidak diberi surat pelantikan secara formal atau kontrak yang menggariskan syarat-syarat pekerjaan

Sebelum seseorang memulakan urus niaga, mereka dikehendaki mencari bakal pelabur dan mengambil deposit daripada mereka. Jika tidak, mereka mungkin akan dibuang kerja. Dalam kebanyakan kes yang dirujuk kepada Bank Negara Malayisa, pekerja gagal mencari pelabur akan bertindak meminjam wang daripada ibu bapa atau ahli keluarga masing-masing semata-mata untuk melabur.

AMARAN UNTUK PELABUR

Pengusaha syarikat dagangan mata wang asing haram ini akan cuba menyakinkan para pelabur dengan :

* Mengatur strategi pemasaran mereka yang menjanjikan keuntungan yang tinggi dalam masa singkat

* Menampilkan imej yang profesional dan bereputasi dengan barisan pekerja yang berpakaian segak, keadaan pejabat yang bercirikan teknologi tinggi dan kemudahan IT yang terkini. Dalam sesetengah kes, pelabur juga dibenarkan untuk mengendalikan akaun mereka di internet

* Dengan radas urus niaga seperti skrin berita yang menunukan pergerakan dalam tukaran untuk memberi gambaran bahawa suatu perniagaan yang profesional dan sah di sisi undang-undang sedang dijalankan

Para pelabur boleh berdagang sama ada melalui akaun dagangan mereka dengan syarikat tersebut atau melalui wakil yang dilantik oleh syarikat induk. Dalam kebanyakan kes, pengusaha akan memaklumkan pelabur bahawa mereka perlu menghantar kontrak tersebut ke ibu pejabatnya di luar negara. Walau bagaimanapun, biasanya kontrak ini dibiarkan tanpa ditandatangani. Dengan ini, sekiranya pelabur tidak berpuas hati dengan urus niaga yang dijalankan, tiada tindakan yang boleh diambil terhadap syarikat ini memandangkan tiada perjanjian yang mengikat mereka.

Senario 1 :

Biasanya pelabur akan mendapat pulangan yang tinggi ke atas pelaburan permulaan mereka. Ini menyakinkan akan menyakinkan pelabur untuk menambahkan pelaburan suapaya mendapat pulangan yang lebih tinggi lagi. Lama kelamaan mereka akan kehilangan kesemua wang yang dilaburkan apabila pemilik syarikat menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Senario 2:

Para pelabur yang telah mengalami kerugian akan diberitahu bahawa sentimen pasaran dijangka akan meningkat dan jika mereka menambah pelaburan, mereka akan mendapat balik wang mereka. Yang  ini tidak akan berlaku dan mereka akhirnya akan kehilangan kesemu wang pelaburan mereka.

BAGAIMANA UNTUK MELAPORKAN SINDIKET DAGANGAN HARAM MATA WANNG ASING

Jika anda telah ditawarkan pekerjaan untuk mencari bakal pelabur atau anda sendiri telah diajak untuk melabur dalam skim pelaburan mata wang asing, silalah melaporkannya kepada :

Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-26988044 samb. 8211 / 8233
No. Faksimili : 03-2691 3266

No comments :

Post a Comment