30 September 2012

King Of The Mountain ( Kuala Kubu Bharu - Fraser Hill )

  KUALA KUBU BHARU-FRASER HILL CHALLENGE

Kuala Kubu Bharu - Seramai hampir 500 peserta telah menyertai Cabaran kuala kubu bharu ke Fraser Hill awal pagi tadi. Kejohanan Lumba Berbasikal ini telah di sertai oleh pelbagai kaum termasuk lah dari penyertaan dari Luar Malaysia.

Kejohanan berbasikal ini telah melakar sejarah kerana julung kali disertai oleh ramai perlumba yang datangnya dari seluruh Negeri di Malaysia dan disertai juga oleh " Orang kelainan Upaya ". Terdapat pelbagai jenis hadiah yang ditawarkan.


Selaku penganjur dari Majlis Daerah Hulu Selangor dan dilaksanakan oleh Jabatan Belia MDHS selaku penganjur amat berpuas hati dengan penyertaan ini yang mana ianya berlangsung dengan baik dan lancar dan tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Acara sukan ini telah melahirkan dan mendedahkan perlumba-perlumba berbasikal berbakat di kalangan Masyarakat Malaysia demi melahirkan lebih ramai lagi jaguh-jaguh sukan ini akan datang mendatang cintanya terhadap sukan berbasikal ini.

Kuala kubu bharu adalah sebuah Bandar Perlancongan telah berusaha melakukan pelbagai aktivi mempromosi perlancongan iaitu dengan mengadakan sukan berbasikal seperti ini. Kuala kubu bharu juga adalah merupakan  trak Kejohanan berbasikal Tahunan yang amat menarik sekali, di mana Bukit Fraser merupakan sebuah tempat Perlancongan yang sudah lama dikenali oleh " Masyarakat Luar"  sana.

Udara yang sungguh sejuk dan nyaman di kemuncak bukit fraser memberikan kenikmatan kepada perlancong-perlancong yang datang mahupun yang menyertai " Cabaran Bukit " ini.


Kejohanan Berbasikal ini telah di taja oleh SEIKO dan turut disertai oleh berbagai Jabatan Kerajaan seperti Polis Di Raja Malaysia, JKR, JPAM, Majlis Daerah Hulu Selangor dan tak lupa juga Pejabat Kesihatan Kuala Kubu Bharu.











Selain daripada itu juga di sini saya ada menyediakan Tarikh Perlumbaan Berbasikal akan datang di LANGKAWI INTERNATIONAL MOUNTAINBIKE CHALLENGE 2012.





Maklumat Lanjut sila layari : www.mtbmalaysia.com












No comments :

Post a Comment