29 August 2012

Persiapan Hari Kemerdekaan

Selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua Rakyat Malaysia yang tercinta, kekalkan keamanan Negara Malaysia. Bangga menyambut hari kemerdekaan yang bakal diadakan di Shah Alam kini kian terasa berbagai persiapan yang akan dilakukan yang mana kami juga akan menyertai pembarisan dan pertandingan kawad di shah alam.




Sambutan menyambut Hari Kemerdekaan yang diadakan di peringkat negeri akan dilakukan pada waktu malam bagi menyambut detik 12 tengah malam dengan sebutan " merdeka" merdeka" merdeka sebanyak 3 kali dan di teruskan dengan Nyanyian Lagu " Negaraku, Jalur Gemilang dan Malaysia Maju " yang akan dinyanyikan secara beramai-ramai oleh kami.

Disamping itu juga terdapat persembahan kebudayaan berbagai kaum juga boleh di saksikan di sana, Pembarisan Lintas hormat ini juga akan di hadiri dan disertai oleh semua jabatan kerajaan oleh pelbagai jabatan kerajaan di Negeri Selangor.



Kami berkumpul disini menyaksikan pelbagai persembahan yang berlangsung di sini iaitu persembahan " Kawad Senyap " TLDM lumut, Sewang Dari Masyarakat Kaum Peribumi dari Gombak dan Ketukan dari Pancaragam dari pihak tentera dan budak-budak sekolah.

Kelihatan tersegam indah Masjid Besar di Shah Alam dengan cahaya lampu berwarna warni di malam tersebut telah memeriahkan suasana disitu.

Detik jam 12 Malam akan menyaksikan Percikan Bunga Api yang telah disediakan oleh penganjur akan menerangkan lagi Bandar Di Shah Alam, memang meriah.

Di harapkan agar rakyat selangor turut sama-sama hadir pada malam 31 ogos bagi memeriahkan lagi acara yang berlangsung pada malam tersebut. Sambutan lintas hormat serta pembarisan hari kemerdekaan seperti ini hanya diadakan setahun sekali jadi sudilah datang beramai-ramai memberikan sokongan bagi memeriahkan lagi suasana di malam tersebut.

Pembarisan sejauh 2.5 kilo meter ini di sertai begitu ramai agensi-agensi kerajaan di negeri selangor termasuk pihak berkuasa tempatan negeri selangor, jabatan-jabatan kerajaan negeri selangor dan banyak lagi.

Maka jom lah ramai-ramai hadir menyaksikan pertunjukan yang agak luar biasa pada malam tersebut, mari kenangkan pengertian kemerdekaan, hargailah jasa-jasa penuntut kemerdekaan negara kita, sekian terima kasih.

2 comments :

  1. he2,..meriah2... Kumpulan sewang dari G0mbak terdiri dr bbrape kumpulan,..tp syg nya pd mlm tsbut,..kump kkl0ng tdk braksi d perbarisan ambang merdeka @ shah alam.. Kump sewang kmi sbaliknya braksi d pangs00n ulu langat,selang0r pd mlm ambang merdeka & kees0kn pg nya di dataran merdeka,..mybee next time kumpln kmi akn bsewang utk ambang merdeka krajaan negri selang0r yg laen pule..hu2

    ReplyDelete
  2. oh ye ke...tak pe tahun depan boleh ambil bahagian dan turut serta dalam pembarisan haha...kan..

    ReplyDelete