14 August 2012

Peluang Melabur Melalui Skim Ahli KWSP

Syarat-syarat kelayakan

* warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan kurang dari 55 tahun.

* Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, KWSP.

* Memenuhi kelayakan menyertai unit amanah ASNB.

Dokumen Dan Keperluan Untuk Melabur Melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP

* Salianan kad pengenalan (depan dan belakang pada muka surat yang sama, dalam kertas bersaiz A4).

* Penyata terkini KWSP.

* Borang KWSP 9N (AHL) yang telah dilengkapkan.

* Borang Pelaburan Tambahan ASNB (ASNB 21) yang telah dilengkapkan.

* Berdaftar sebagai pemegang unit amanah dengan pendaftaran pelaburan minima 100 unit bagi ASN 2, ASN3 dan ASG.

( Borang boleh didapati di semu pejabat ASNB seluruh negeri).

Had Pelaburan yang dibenarkan :

* Minimum setiap pengeluaran adalah RM 1,000.

* Maksimum pelaburan mestilah tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi simpanan asas dalam Akaun 1, KWSP.

* Permohonan boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh terakhir pemindahan dibuat.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian Hotline 03-2057 3000 atau cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara.

No comments :

Post a Comment