02 August 2012

Ketahui 11 Perkara Kenapa Orang Suka Berinternit..??

Mengikut pengalaman yang pernah saya lalui selama 10 tahun sewaktu melayari internit dan membaca entri blog orang lain dan mengoogle setiap hari, untuk pengetahuan semua saya juga seorang pelawat yang ketagihan ilmu di internit, boleh dikata sehari 6 jam saya peruntukan melayari internit membaca berbagai cerita yang ada di internit.

Hasil dari pemerhatian  itu, saya mendapati orang suka melayari internit adalah untuk:


No.1   Mencuri data orang lain.
No.2  Mencari wang.
No.3  Bersosial.
No.4  Game Online.
No.5  Membeli secara Online.
No.6 Mencari Ilmu.
No.7 Berblog.
No.8 Berforum
No.9 Menonton Video.
No.10 Download
No.11 Mencari  Networking

MENCURI DATA ORANG LAIN

Aktiviti mencuri data orang lain saya berikan tangga no.1, ini kerana cuba anda perasan setiap kali kita melayari internit terdapat 1- 3 Virus sudah berada di dalam Komputer / Laptop kita, tanpa disedari ianya makin lama makin banyak, dari mana kita memperolehinya..?

Virus-virus ini datang dari file yang kita download, software, lagu, perkongsian Pendrive orang lain, dan video-video yang kita download termasuk juga Video X, saya semua dah tahu apa dia video x ni jadi tak perlulah saya nak ceritakan, karang sampai pula virus ke Laptop saya dah kena keluarkan duit untuk di format baru kan rugi.

Virus ini dicipta dari pakar-pakar komputer yang hendak mencuri maklumat dan Data Bank kita yang kita simpan di tempat tidak sepatut seperti nombor dan passwod bank kita simpan email, inbox facebook ini tempat-tempat yang tidak sepatutnya saya ceritakan tadi. Jadi jandan leka dan berhati-hatilah selalu.

MENCARI WANG

Yang ini saya tetapkan no.2, ramai orang yang melayari internit,berinternit adalah untuk mencari wang,buat wang, buat duit, hasilkan duit dan bermacam-macan lagi mengenai wang/duit.

Kita boleh lihat kegiatan ramai orang mencari wang sewaktu kita blogwalking di blog-blog orang, website, portal, youtube, 4shared.com, banner-banner, mudah.my. Kita akan menjumpai kod iklan google, nuffnang.

Selain dari itu juga kita boleh lihat di blog-blog yang mengenakan bayaran bila mahu domain blog kita segala-galanya memerlukan kita untuk membuat bayaran di atas perkhidmatan mereka sediakan.

Selain dari itu ada juga yang menjual produk-produk di internit, baju,kereta,software,lagu,jual maklumat,ilmu dan banyak lagi kita boleh lihat. ada juga orang yang menyediakan website Forum bagi mencari duit dan banyak lagi.

BERSOSIAL 

Sudah tentu kita tahu apa itu sosial, siapa lagi disini tidak ada akaun facebook,twetter, akaun youtube sudah tentu semuanya ada, ketagihan bersosial pada hari ini tidak asing lagi buat semua orang yang mengenali laman sesawang facebook. Sehari tak buka facebook gelisah rasanya.

Kini semakin canggih!! kita boleh bersosial melalui handpone canggih, handpone pintar, jadi kemana sahaja kita pergi kita masih lagi sempat berhubung melalui talian.woo..email saya hari ini mencecah 500 email..!! wah hebat bro.

GAME ONLINE

Ye betul...game online.. bagi yang berumur belasan tahun memang suka sangat dengan game online ni, sampai nak makan nasi pun boleh lupa, kalau yang ada masalah tu memang lupa lah akan masalah yang dihadapi sebab fokus dan tumpuan diberikan 100% pada game itu.

Contohnya kalau car game online, kita perlu beri tumpuan kalau tidak kereta yang kita main secara alam maya akan terbabas dan terkandas dan akhirnya Game Over. termasuk saya juga yang minat akan CHESS ONLINE PC GAME, lagi-lagi lawan secara online dengan orang lain dinegara ni, sebagainya contoh saya sedang lawan pemain chess online dengan orang BRITAIN, INDONESIA, JEPUN, AFRIKA.

Dalam laman sesawang facebook pun ada menyediakan game online, ketagih kalau sehari tak main game sebab pihak pembangun game online mereka memerlukan kita online setiap hari ini kerana game tersebut mempunyai masa dan jam perlu dijana 4 jam sekali.

Contoh seperti game tanam-tanam atau berkebun Farmville, kita perlu buka game ni hari-hari sebab tanaman kita akan Harvest setelah mengambil masa selepas 4 jam, buah-buahan yang kita tanam dalam game tersebut sudah masa sekitar 2,4,8 jam disamping mengejar point-point yang diberikan dalam game tersebut.

MEMBELI SECARA ONLINE

Ramai orang baik lelaki atau wanita melayari internit sebab ingin membelikan barang-batrang yang di perlukan yang mana tidak ada dipasaran tempatan, sebagai contoh artemia, hormon ovaprim yang dijual secara online. Di malaysia tidak ada jual prodak-prodak ini, kita perlu menempahnya melalui internit.

Selain dari itu banyak website atau blog yang menjual barang keperluan yang mahukan, apa sahaja kita klik segalanya akan muncul di depan pc kita, di malaysia website Mudah.My memang tidak asing lagi bagi kita, disamping menjual barang-barang muarah Lelong.Com kita juga boleh memilih barang yang di letakkan di dalam item tersebut. 

Kita perlu lagi berjalan jauh, tidak perlu menghadapi kesesakan lalu lintas, pesan sahaja barang dan buat bayaran yang diminta kemudian barang akan dipos ke melalui alamat yang diberikan.Sungguh hebat dan canggih sekarang,inilah yang dimaksudkan DUNIA TANPA SEMPADAN.

MENCARI ILMU

Sekarang di internit sangat banyak ilmu yang tersedia ada, kita perlu tulis tajuk yang diperlukan di ruang search dalam beberapa saat tajuk tersebut akan muncul segera. Bermacam-macam ilmu kita boleh perolehi di dalam internit ni.

Kata orang kalau kita mencari ilmu yang baik-baik di medium internit ini maka baiklah yang kita dapat dan sebaliknya kalau kita menjerumus ke arah kejahatan maka kejahatan lah yang kita perolehi.

Ilmu-ilmu yang ada dalam internit amat berguna kepada penternak,pertani, perniaga, pembangun laman web, software, tanaman segala-galanya ada di internit. Tidak hairanlah pada hari ini ramai digelar pertani moden sebab sumber ilmu diperolehi dari internit.

Kalau dulu nak ternak kambing,ayam daging, bela ikan, tanam cili padi, masak kek, cari bahan buat sos kena menghadiri kursus di Jabatan Pertanian, Perikanan, sekarang tidak perlu lagi segala-galanya ada di internit, orang hadir kursus sebab nak dapatkan sijil penyertaan sahaja. Disebalik itu terdapat banyak toturial dalam bentuk video disediakan diinternit, sangat mudah,cepat,dan berkesan.

BERBLOG

Disamping itu juga, ramai orang suka melayari internit sebab nak berblog, berblog menghasilkan duit dengan menampal kod iklan dari pihak pengiklan.

Aktif berblog bagi tujuan berkongsi ilmu, menjual produk, mencari networking, membesarkan jaringan, berkongsi idea dan banyak lagi.

Ramai orang pada hari ini suka berblog termasuk saya juga, dengan adanya blog kita dapat memasarkan produk-produk yang kita jual pada awam.

Blog umpama sebuah kedai online bagi kita, blog akan sentiasa online bagi pengunjung-pengunjung yang ingin membeli barang-barang yang kita jual di alam maya, walaupun kita sedang tidur, berjalan, memandu kereta, bekerja blog sentiasa akan online. Walaupun ketika itu kita tidur namun kita masih lagi boleh buat duit, jual barang, jual buku dan banyak lagi. itulah kehebatan blog pada hari ini termasuklah website.

BERFORUM

Ramai orang pada hari ini berforum, berforum adalah erti kata lain berbincang dengan orang lain dialam maya ini, berforum amat perlu bagi seorang perniaga online pada hari. Forumer akan menuliskan sebuah tajuk dan dibahaskan oleh semua orang serta dikritik dan hurai akan kebaikan serta keburukannya.

Sebagainya contoh kita pada hari ini ada wang sekitar Rm 1000 dalam bank dan berhasrat ingin memulakan perniagaan dah puas fikir tapi tak jumpa juga apa perniagaan yang perlu kita mulakan dengan jumlah wang sebanyak itu. Jadi apa perlu kita buat kita kongsikan sahaja tajuk " APAKAH PERNIAGAAN YANG SESUAI DENGAN MODAL RM 1000" di forum tersebut, selepas itu kita akan lihat berbagai-bagai perkongsian akan dihulurkan oleh forumer yang tidak anda kenali maka mudah lah kita memilih perniagaan yang kita ingin jalankan, itu lah kebaikannya jadi saya letakkan ia ditangga No.8 kekerapan orang berinternit.

MENONTON VIDEO

Ramai orang menggunakan internit pada hari ini adalah untuk menonton video, video filem online, mencari video lama untuk di tonton , menonton video di Youtube, Filetube, dan video ehem-ehem kalau video ini tak perlulah diceritakan, rasanya semua orang dah tahu,sebagai perkongsian jadi saya terpaksa tulis dengan hati yang iklas juga, sebagai pembelajaran kepada semua.

Sekarang sudah ada tv online, kita dah boleh tengok tv di depan pc, boleh menontong wayang di depan laptop, video-video ini anda boleh dapat kan di internit secara percuma mahupun berbayar. Kita boleh tengok filem-filem baru yang belum muncul di kaca TV dan di pawagam dengan hanya membelikan video filem itu di internit, puluhan jenis drama pelbagai bahasa boleh ditemui di internit.

DOWNLOAD

Yang ini saya juga suka, download lagu percuma di internit melalui 4shared.com, youtube, filetube dan banyak lagi website yang menyediakan perkhidmatannya. Ramai orang yang melayari internit sebab nak download lagu, file, video, maklumat dalam bentuk PDF, kertas kerja, desain,dokumen, software dan pelbagai lagi.

Tidak hairan ramai artis kita tak boleh nak cari makan akan kerjaya mereka, album mereka tidak dapat dijual dengan sebaik mungkin sebab ramai orang boleh dapatkan yang percuma di internit, jadi nak salahkan pada sapa lagi. kalau boleh orang nak kan yang percuma.

Tak tengok konsert secara percuma di internit, segalanya percuma ini orang paling suka asal tulis percuma semua orang pasti suka.

MENCARI NETWORKING

Bagi rakan-rakan kita menjalankan perniagaan secara online, ini lah masanya menggunakan internit, dengan adanya internit sangat mudah melebarkan sayap mereka dan membesarkan rangkain mereka, menubuhkan cawangan kedai, menambah rakan kongsi dan sebagainya.

Ramai orang menggunakan internit sebab ini juga, hanya menulis banner, promosi, artikel di depan pc kita sudah dapat menambah bilangan jaringan perniagaan kita secara Global di seluruh dunia. Barang-barang serta produk kita dapat dipasarkan segenap pelusuk negara, lihat berapa hebatnya kuasa internit, senang cerita kuasa dihujung jari anda. jadi mahir-mahirkan diri dalam Dunia Internit yang boleh menyerang dunia tanpa batasan.

Anda tentu bangga dapat kawan di Belgium,Kanada,Jepun betultak..? Mereka adalah Agen jualan Produk anda di negara meraka, mereka adalah Duta Kecil anda.

Baik lah rasanya dah cukup panjang apa yang saya kongsikan pada hari ini semoga maklumat yang saya sampaikan menjadi keuntungan kepada semua, mungkin ada perkara yang saya terlepas pandang di harapkan semoga di maafkan, mungkin juga ada banyak lagi perkara kenapa orang suka berinternit dan apa orang cari dalam internit ni, sekiranya tuan/puan tahu maka elok lah di kongsi kan bersama di bahagian komen, maklumat yang saya perolehi ini adalah berdasarkan pengalaman saya melayari internit selama 10 tahun dahulu dan kini.







y
S



S























y




No comments :

Post a Comment