29 July 2012

Teknik Menanam Pokok Kesum Dalam Pasu Bunga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya hulurkan buat pengunjung dan rakan-rakan sekalian. Disini saya nak kongsikan teknik bagaimana menanam pokok kesum dalam pasu bunga di Halaman Rumah kita, sangat mudah menanam pokok ini.

Daun nya digunakan untuk membuat Laksa betulkan, baunya yang wangi membuat sup laksa sangat sedap dan meletup. Pokok kesum mudah membiak walau pun ditanam dimana-mana sahaja tempat di mana tanah tersebut berkeadaan lembab.

Tapi kali ini kita nak tanam dalam pasu bunga, disini saya ada menyediakan toturial bagaimana nak tanam pokok kesum.

Kaedah 1.

Terlebih dahulu pokok kesum dikerat pendek, sekiranya pokok kesum tersebut agak layu sebaiknya pokok kesum itu direndam dahulu sebelum ditanam supaya pokok kesum yang layu tadi nampak fresh ini kerana pokok kesum cepat menyerap air.

Pastikan daun-daun kesum di potong, jangan lupa potong di bahagian pucuk juga supaya apabila pokok kesum yang ditanam nanti akan cepat mengeluarkan Tunas Baru dan mempercepatkan pertumbuhan daun baru nya.


Kaedah 2.

Sediakan Kapas Halus, saya gunakan kapas untuk membalut dibahagian pangkal pokok kesum supaya apabila kita menyiram air di dalam pasu bunga tersebut air yang berada di dalam kapas pangkal pokok kesum akan sentiasa lembab dan tahan tahan kelembabpan selama 2 hari walaupun terdedah dengan sinaran matahari.

Ramai orang yang menanam pokok kesum pada peringkat awal akan meletaknya di bawah tempat yang redup/teduh agar pokok kesum tersebut tidak layu akan tetapi kali ini kita perlu risau lagi di mana ia perlu diletakkan sebab pangkal pokok kesum sentiasa lembab kerana fungsi kapas halus ini.

Pangkal pokok kesum tersebut di balut dengan kapas semuanya sebelum ia boleh di tanam, jangan terlalu ketat sangat, pastikan agar longgar sedikit supaya akar pokok kesum dapat tembus.

Kaedah 3.





Teknik membalut pangkal pokok kesum dengan cara yang betul dan selamat agar kulit pokok tidak pecah, balut semua pangkal pokok kesum tadi dengan menggunakan kapas halus dengan perlahan-lahan.

Kaedah 4.


Sebelum memasukkan tanah ke dalam pasu, pastikan lubang basu terlebih dahulu di tutup dengan batu supaya apabila menjalankan kerja-kerja menyiram, air yang berada dalam pasu bunga tidak keluar terlalu deras melalui lubang dan medium juga tidak akan pecah sama sekali.Selain serpihan batu, anda juga boleh gunakan benda-benda lain seperti kulit kayu,pastik dan sebagainya.

Kaedah 5.


Masukkan separuh tanah merah dan diikuti memasukkan pasir halus selepas itu lihat seperti contoh di dalam gambar, tidak perlu campur baja kompos dan sebagainya pada medium, terpulang lah sekiranya ingin memasukkan baja sekali tetapi bagi saya tidak perlu, semoga teknik yang saya kongsikan pada hari ini dapat menjimatkan kos.

Selepas itu tambahkan lagi tanah merah di atas lapisan pasir tesebut mengikut label pasu bunga anda, kadang-kadang ada orang tak nak bubuh sampai penuh tanah tersebut, bimbang tanah akan tumpah terpulang kepada acuan masing-masing. tak jadi masalah kalau sekiranya mahu letak sedikit bawah daripada level pasu bunga tersebut sekiranya penjagaannya yang rapi dilakukan dan konsisten dalam penyiraman air nanti, pokok kesum tersebut pasti hidup, insyaallah.

Kaedah 6.


Pastikan medium tersebut di cucuk dengan menggunakan kayu sedalam 4 inci bagi memudahkan pokok kesum ditanah. pokok kesum akan dimasukkan ke dalam lubang yang selesai kita cuck tadi, teknik ini memastikan kulit pokok kesum yang hendak kita tanam nanti tidak pecah ini kerana medium kita sudah semestinya keras. Boleh masukkan sebanyak 6 atau 10 batang benih pokok kesum untuk setiap pokok kesum yang ditanam di dalam sebuah pasu bunga.

Pokok kesum amat cepat membiak dan menghasilkan banyak tunas baru jadi tak perlu risau kalau tanam 6 batang sahaja pun sudah memadai.

Kaedah 7.


Jangan tanam rapat, pastikan di jarak jarakkan juga supaya proses pertumbuhan pokok kesum tidak terbantut nanti dan proses pembiakan pokok kesum akan cepat berlaku dan merumpun.

Kaedah 8.


Selepas selesai kerja-kerja memasukkan benih pokok kesum yang baru ini bermakna kita bolehlah menyiram pokok tersebut dengan perlahan-lahan sebab medium kita tadi masih lagi lembut dan boleh merosakkan struktur medium. Ini lah hasilnya, Penyiraman hendaklah di lakukan 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan petang, tidak perlu letak baja dan sebagainya. Selepas seminggu anda boleh lihat tunas baru di setiap pokok kesum itu nanti, selamat mencuba sekian terima kasih.






9 comments :

  1. ada ke pengalaman menanam pokok kesum di negara arab. saya dah cuba dan akan terus mencuba menanam kesum di sini

    ReplyDelete
  2. x perlu ambil akar bnih kn?hanya kerat btang daun kesum dan tnam ikut sprti dlm gmbr di ats kn,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye tuan...x payah ambik akar...kalau kawasan berair insyaallah tumbuh ia dengan sihat..insyaallah

      Delete