14 July 2012

Talapia Merah dan Larva Ikan Keli

14.07.2012 Sabtu


Kuala Kubu bharu - Aduh letih betul hari ini dari jam 12.35 tengahari hingga 9.23 malam baru habis memindah larva ikan keli tadi. Ya lah buat kerja seorang-seorang, perniagaan masih kecil lagipun kolam perternakan ikan saya di Halaman Rumah, buat kecil-kecilan dulu.

Dulu ada adik ipar tolong sama-sama kerja di kolam tapi beliau dah dapat kerja lain dan dapat kerja lain jadi saya buat kerja sendirian sahaja. Baru ingat nak turun ilmu ikan ni pada dia tapi rupanya beliau tak minat menternak ikan dan berniaga katanya. Tak apa lah saya pun tak memaksa untuk dia ikut jejak langkah saya sebagai pengusaha ikan mungkin susah bagi dia.

Sambil saya meternak ikan keli, saya juga ada menternak ikan Talapia untuk menambah lauk pauk keluarga saya, ikan talapia ini saya tak jual hanya untuk kegunaan bekalan ikan sendiri bila di perlukan untuk santapan sendiri memandangkan ianya di ternak berkala kecil jadi jimat dapat mengurang kos dalam pembelanjaan harian.


Lihat pada gambar ini semua ikan-ikan talapia saya jinak-jinak belaka, tak kan lapar lagi tadi dah bagi makan palet. Ikan-ikan ini saya bagi makan sehari sekali sebab saya ia di kolam simen dan menggunakan sumbar dari air paip terawat. saya tidak mempunyai sumbar air bukit jadi sebab itulah ia di ternak secara kecil-kecil sahaja.

Ikan talapia memerlukan sumber air yang bersih, jernih dan bebas dari klorin untuk hidup, kolam ikan saya tidak mampu untuk menternak mereka berkala besar kecuali ikan keli yang tahan lasak tidak perlu penjagaan rapi.

Maknanya saya membela 2 jenis ikan di kolam penternakan ikan keli saya, ikan  talapia ini saya ternak dalam sebuah kolam sahajankecuali ikan-ikan keli, bayangkan lah dari tengah hari sampai malam saya memindahkan larva atau rege ikan-ikan keli ini mau tak penat.haha.. Penat pun berbaloi tak apa lah, semuanya duit kan.


Terus terang saya katakan bekalan benih ikan keli di tempat sekitar saya memang tidak mencukupi setakat ini, ada juga dikalangan penternak membeli benih ikan keli di tempat jauh dari kuala kubu bharu.

Syukur lah ada sedikit benih-benih ikan yang sudah hidup dan akan mula membesar tapi apa kan daya semuanya sudah ditempat oleh orang, cukup masa ia akan dijual.

Apa boleh saya buat untuk memperbanyak lagi benih-benih ikan ini memerlukan tempat yang agak luas dan sumber air yang bebas klorin, faktor ini perlu diambil kira jika ingin jadi pengusaha ikan atau pengusaha benih yang berdaya saing dan berjaya seperti orang lain, sekian.



No comments :

Post a Comment