11 July 2012

Golden Cat fish ( Ikan Lele Sangkuriang Emas )- Mungkin ramai orang pernah lihat ikan keli Berwarna Emas bukannya Ikan Keli Emas, maklum lah aktiviti memancing sudah menjadi hobi buat Rakyat Malaysia sejak dari dulu lagi. Peluang menyaksikan ikan keli yang agak ganjil sebergini tidak asing lagi buat rakan-rakan kita yang suka memancing.

Buat mereka yang belum pernah terjumpa atau belum pernah melihat ikan keli bewarna emas memang agak menghairan kan, dalam hati "kaya aku selepas ini" itu yang selalu bermain dibenak saya selama ini apa tidak nya dapat bela 2 ekor ikan emas.

Ikan keli ini saya dapat sewaktu saya selesai mejalani proses  pembenihan hari yang ke-6, dalam 10 ribu benih ikan yang jadi selepas proses pembenihan hanay 2 ekor sahaja rege ikan yang berlainan warna. Pada mulanya saya ingat anak ikan Tilapia Merah bercampur dalam kolam tersebut sebab saya juga ada membela ikan tilapia merah di tapak penternakan ikan keli saya untuk dibuat makan khas keluarga saya sendiri sambil ternak ikan keli, tapi memang lain daripada yang lain rege ikan ini.Lalu ikan itu saya asingkan ke kolam yang tidak mempunyai ikan senang cerita kolam kosong lah.

Lebih kurang 3 minggu saya menjaga serta menternak benih ikan keli ini baru lah saya nampak rupanya benih ikan keli tersebut dari ikan keli yang saya jalankan pembenihan secara semulajadi tempoh hari. Jadi anak ikan keli ini makin lama makin besar dan mencapai berat 150-200 gram seekor dan bercadang tidak mahu menjualnya sebab ikan ini agak berlainan sedikit.

Ini lah ikan keli yang saya maksud kan itu, namun kesahihan jantina tidak dapat dikenal pasti lagi setakat ini, kalau sepasang maknanya saya lepas ini boleh lah jual benih ikan keli berwarna keemasan seperti ini, harga juga boleh lah ditambah mahal sedikit, mungkin ikan seperti ini boleh dijadikan Ikan Hiasan atau harga nya juga lebih mahal dari Ikan Kelisa ( Arowana ) atau juga mahal dari harga SARANG BURUNG WALIT/SRITI , itu hanya andaian saya sahaja. 





No comments :

Post a Comment