15 July 2012

Benih Tilapia & Benih Keli 2012

15.07.2012 Ahad


 Benih Tilapia dan Benih Keli memang ada di kolam ikan saya, tapi semuanya tak cukup untuk menampung Permintaan kedua-dua spesis ikan ini kerana saya tidak mempunyai ruang ternak atau ruang pembenihan kedua-dua jenis ikan ini adalah terhad,pengeluaran benih tidak banyak, mungkin suatu hari nanti saya akan penuhi segala permintaan terhadap benih ikan ini.



 Ini adalah Palet Hancur atau Feed Palet kandungan Protein 40% yang saya sediakan untuk pemberian makan kepada 2 jenis benih ikan saya dengan cara menabur palet halus ini kedalam kolam benih ikan tilapia dan benih keli.

Cara pemberian makan ikan dengan cara menabur di atas permukaan air kolam banyak faedah dan Rahsianya, ramai orang tidak menitik beratkan cara pemberian makan ikan-ikan mereka. Faedah pemberian makan ikan cara begini ialah ikan bersaiz besar dan kecil dapat makan sepenuhnya, benih sama-sama dapat palet sama banyak kerana palet yang ditaburkan diatas permukaan air dikolam tersebut bergerak kesemua sudut permukaan air tersebut, jadi pembesaran ikan akan jadi sama rata besarnya.




Sekiranya kita aduk seperti bola palet ini iaitu dicampur air dan digaul bulat, benih ikan yang kecil tidak bersaing dengan benih ikan yang sedikit besar maka perbesarannya benih-benih ikan ini tidak ada sama besar, kemungkinan besar benih yang kecil ini akan dimakan oleh benih yang besar sedikit.

Jumlah benih ikan yang dulunya banyak kini berkurangan sebab ikan keli akan memakan benih lain yang kecil   ,tapi dalam banyak-banyak benih keli yang jadi atau hidup terdapat sejenis lagi benih keli yang memang kecil senang kata besar tak sama saiz walaupun berusia 3 hari.

Dalam fikiran saya kemungkinan benih yang kecil sedikit dari benih yang sama berusia 3 hari umurnya memang ditakdirkan untuk mati atau menjadi santapan benih keli yang besar. 

Hampir 5 tahun saya mengkaji gelagat benih-benih keli atau rege-rege keli ini berbanding benih ikan tilapia yang sedikit pun tidak memakan yang lain walaupun besar tidak saiz di campur sekali dalam sebuah kolam.Namun begitu ikan tilapia ini juga akan memakan atau menelam ikan lain yang kecil daripadanya sekiranya benar-benar lapar seperti Gupi, seluwang, ikan bandaraya anak ikan lain selain ikan tilapia, gelagat ikan tilapia ini memang pelik...mungkin ikan tilapia ini mahukan Koloni mereka sahaja hidup sebuah itu,agaknya.

Ikan Keli Salai

kreatif..kreatif..pengusaha ikan keli sekarang, tahniah..tahniah..kini ramai yang suka makan IKAN KELI SALAI..macam-macam perasa dan ramuan dalam pembikinan ikan keli salai mengikut tempat ia dijual, namun harganya mengikut harga perekor ikan keli salai ini, ialah sebab ia disalai seekor demi seekor bukan di salai dalam bentuk Kilogram, jangan salah faham.. 

Agar-agar / Rumpai Kolam Benih Keli 

Ada tak sapa-sapa perasan sewaktu menjalankan proses pembenihan ikan keli..?? Cuba anda perhatikan pada hari ke-6 di dalam kolam Larva-larva benih keli ini terdapat rumpai atau juga seperti tumbuhan agar-gar di atas permukaan ikan keli ini, larva keli suka berehat didalam tumbuhan itu dan bersembunyi didalam nya.


Awas... Larva ikan keli anda mungkin mengalami risiko kematian sekiranya tumbuhan itu tidak dibuang serta merta kerana tumbuhan itu menyimpan kandungan Ammonia, Lemak dan minyak.Kehadiran tumbuhan itu terbina dari peninggalan bekas-bekas telor keli yang tak jadi dan tertinggal di dasar kolam dan tanpa dibersihkan segera maka tumbuhan ini terbentuk.

Tumbuhan agar-agar di kolam pembenihan tersebut amat menganggu kualiti air dan membahaya larva-larva ikan ini disamping larva-larva ikan keli bersembunyi didalam nya ia akan menjerat larva keli. 



Apabila suhu sejuk terjadi dalam kolam pembenihan tersebut, tumbuhan ini akan mula mengembang dan membesar sedikit-demi sedikit, jadi sekiranya terjumpa tumbuhan ini maka segerakan lah ia dibuang menggunakan tangguk halus ikan anda,sekian terima kasih.

No comments :

Post a Comment