27 July 2012

Benih Ikan Keli Di Selangor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Pusat penjualan benih ikan keli di selangor akan di buka tidak lagi ini berikutan kolam pembenihan ikan yang baru dibina sudah siap sepenuhnya, dijangka akan mula beroperasi pada bulan 9 tidak lama lagi.


Pengurus Syarikat SnR Agro Enterprise memohon ampun dan maaf ini kerana tidak dapat menampung bekalan benih ikan keli di selangor atas faktor tempat yang sangat terhad dan tidak cukup tempat bagi menghasilkan benih ikan keli yang banyak.




Syarikat juga menjalankan aktiviti penternakan ikan keli hanya di belakang Halaman Rumah beliau, hampir 6 tahun bergelumang dalam Dunia Penternakan Ikan keli dan kini syarikat sudah berasa selesa ini kerana benih-benih ikan keli sudah dapat dibiakan sepenuhnya namun masih lagi tidak dapat menampung permintaan tinggi benih ikan keli di selangor.


Benih ikan keli kami hanya di jual di sekitar Kuala Kubu Bharu sahaja, pihak syarikat amat memohon maaf di atas kesulitan yang dialami, usaha demi usaha telah dilakukan ke arah memastikan bekalan benih ikan keli mencukupi.


Kami juga menyarankan agar pihak pembeli benih ikan keli dapat menuliskan komen mereka di bahagian komen yang disediakan ini kerana selain negeri selangor ada juga pengusaha benih ikan keli lain yang membekalkan benih ikan keli dan dalam masa yang sama order benih ikan keli anda akan dilihat oleh mereka. 


Sila tinggalkan nama, no tel dan jumlah kuantiti benih keli yang diperlukan bagi memudahkan anda dihubungi oleh penternak benih ikan lain. diharapkan para pembeli-pembeli benih ikan keli dapat bekerjasama bagi memudahkan urusana dalam penternakan ikan keli dan berpeluang mencipta pendapatan dalam ikan keli bersama.


Video di atas adalah rakaman terbaru benih ikan keli SnR Agro yang berhasil dibiakkan dan sudah di jual kepada pengusaha-pengusaha ikan keli di kuala kubu bharu. Pihak kami telah hadir ke Jabatan Perikanan Daerah Hulu Selangor bagi memohon tanah jabatan perikanan bagi menghasilkan lebih banyak lagi benih ikan pada masa akan datang namun tidak berhasil.


Pihak kami juga telah di datangi oleh pengusaha ikan keli lain yang mahu berkongsi dalam perniagaan ini namun kami terpaksa menolak pelawaan berkongsi dalam perniagaan keli ini atas sebab kami juga dahulu nya telah ditipu atas kebimbangan itu kami tidak lagi mahu menanggung risikonya sebab pernah terjadi kepada kami buat pertama kalinya dahulu.


Cadangan kami kepada para-para penternak ikan keli yang sudah baru dan lama agar tidak ada perkongsian perniagaan dalam ikan keli bersama  individu lain bimbang akan terjadi hal yang tidak diingini berlaku, memang pada dahulunya syarikat snr agri gah dengan bekalan ikan keli yang banyak pada setiap bulan namun kini semua segalanya hilang begitu sahaja.


Rakan kongsi saya telah berlaku tidak keadilan semasa penjual bekalan ikan dan kini kami terpaksa menanggung kerugian Ribuan Ringgit kini dan terpaksa berhutang dengan Bank dan terpaksa menbayar hutang selama 20 tahun. Apa boleh buat benda dah nak jadi seperti ni, kita hanya merancang namun tuhan yang menentukan segala. Ini hanya cadangan saya, itu pun kalau tuan/puan nak ikut cakap saya terpulanglah saya ikhlas apa yang saya kongsikan dan juga kami juga tidak memaksa kalau nak ikut cadangan saya.


Sekarang kami tetap akan meneruskan usaha dalam penternakan ikan keli, bagi kami itu adalah segalanya dugaan dalam perniagaan.Kini kami terpaksa bermula dari bawah kembali, alhamdulillah dalam masa tidak lama lagi penjualan benih ikan keli di selangor juga sekitar kuala kubu bharu akan kembali beroperasi kembali diharapkan pelangan-pelangan kami dapat bersabar terhadap kesulitan yang kami alami kini.


Kepada yang sudah berjaya dalam penternakan ikan keli, pembenihan ikan keli syabas kami ucapkan kerana memilih perniagaan ikan keli dan masih lagi menjalankan perniagaan ikan keli. apa yang kami kongsikan disini adalah pengalaman yang kami tempuhi dan tidak ada niat untuk mempersendakan penetrnak ikan ikan keli yang lain, ia sebagai renungan buat semua.


Kami juga berharap agar para pembeli-pembeli benih ikan keli dapat kan benih ikan dari pengusaha lain dahulu sementara menunggu bekalan benih ikan keli kami, bekalan benih ikan keli kami akan kami update kan di blog ini pada masa akan datang sekiranya ada yang memerlukan benih ikan keli maka bolehlah komen di bahagian komen yang disediakan moga dengan cara ini anda boleh dihubungi oleh pembekal benih ikan keli luar selangor.


No comments :

Post a Comment